Jika dilihat secara leksikal, kata ini akan bermakna bersama di setiap keadaan, saling bekerjasama antara satu sama lain.Boleh terjadi dari kata dasar ‘’memperhatikan‘’ iaitu supaya antara umat manusia memperhatikan / mengambil tahu keadaan satu sama lain untuk membina perpaduan
Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.
Dari segi istilah : Menurut Al-Quran ,perasaan kasih sayang,Bantu membantu, dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali
Melalui hal inilah M. Quraish Shihab mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ukhuwah secara istilah ialah di mana Ukhuwah pada asalnya bermaksud "persamaan dan keharmonian dalam pelbagai segi".
Oleh itu, supaya persamaan dalam keturunan menghasilkan persaudaraan, persamaan dalam ciri-ciri juga menghasilkan persaudaraan. Dalam kamus bahasa, didapati perkataan “akh” juga digunakan dalam erti kata kawan rapat atau kawan.
Disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan pengertian umum ukhuwah adalah sebagai setiap persamaan dan kerukunan dengan pihak lain, baik persamaan keturunan dari segi ibu, bapa, atau kedua-duanya, sebagai serta daripada penyusuan susu ibu, juga merangkumi persamaan salah satu elemen.seperti etnik, agama, profesion, dan perasaan.
Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
MAKSUD UKHUWAH ISLAMIYAH
Pengertian ukhuwah islamiyah adalah kekuatan iman yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan bertakwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, persaudaraan,dan rasa saling percaya terhadap saudara seakidah.
Hal ini dijelaskan dalam surat Al Hujarat : 10, yang artinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah saudara, oleh karena itu peralatlah simpul persaudaraan diantara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapatkan rahmatnya”.
JENIS - JENIS UKHUWAH ISLAMIYAH
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh persoalan ukhuwah Islamiyah dan dapat kita simpulkan bahawa dalam kitab suci ini memperkenalkan sekurang-kurangnya empat jenis persaudaraan:
1) Ukhuwah 'Ubudiyah atau saudara kesemahlukan dan kesetundukan kepada Allah.
2) Ukhuwah Insaniyah (Basyariyah) dalam erti semua manusia adalah bersaudara, kerana semuanya berasal dari ayah dan ibu. Rasulullah SAW. juga ditekankan dalam kata-katanya,
Maksudnya:Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.
-العبادة كلهم اخوة
Maksudnya:Hamba-hamba Allah semuanya bersaudara
3) Ukhuwah wathaniyah wa an-nasab, yaitu persaudaraan keturunan dan kebangsaan.
4) Ukhuwah fi din Al-Islam, persaudaraan sesama Islam. Rasulullah SAW. berkata,
انتم اصحابي اخوانناالدين اتون
Maksudnya:Kamu adalah kawan-kawanku, saudara-saudara kita adalah mereka yang mengikutiku.
TUJUAN UKHUWAH ISLAMIYAH
Antara tujuan ukhuwah Islamiyah :
*Menjamin keharmonian dan kedamaian hidup bermasyarakat
*Mengelakkan berlakunya persilisihan dan sengketa
*Dapat mengangkat darjat dan martabat seseorang individu
*Merapatkan hubungan persaudaraan
*Meningkatkan kualiti hidup yang aman dan bahagia
*Memperoleh rahmat serta nikmat yang melimpah ruah
sumber:ikimfm.my |