Artikel

                    





DEFINISI UKHUWAH 

Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.


Jika dilihat secara leksikal, kata ini akan bermakna bersama di setiap keadaan, saling bekerjasama antara satu sama lain.Boleh terjadi dari kata dasar ‘’memperhatikan‘’ iaitu supaya antara umat manusia memperhatikan / mengambil tahu keadaan satu sama lain untuk membina perpaduan



Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.

 

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran ,perasaan kasih sayang,Bantu membantu, dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali


Melalui hal inilah M. Quraish Shihab mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ukhuwah secara istilah ialah di mana Ukhuwah pada asalnya bermaksud "persamaan dan keharmonian dalam pelbagai segi".


Oleh itu, supaya persamaan dalam keturunan menghasilkan persaudaraan, persamaan dalam ciri-ciri juga menghasilkan persaudaraan. Dalam kamus bahasa, didapati perkataan “akh” juga digunakan dalam erti kata kawan rapat atau kawan.


Disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan pengertian umum ukhuwah adalah sebagai setiap persamaan dan kerukunan dengan pihak lain, baik persamaan keturunan dari segi ibu, bapa, atau kedua-duanya, sebagai serta daripada penyusuan susu ibu, juga merangkumi persamaan salah satu elemen.seperti etnik, agama, profesion, dan perasaan.


Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”



MAKSUD UKHUWAH ISLAMIYAH

 

Pengertian ukhuwah islamiyah adalah kekuatan iman yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan bertakwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, persaudaraan,dan rasa saling percaya terhadap saudara seakidah.


Hal ini dijelaskan dalam surat Al Hujarat : 10, yang artinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah saudara, oleh karena itu peralatlah simpul persaudaraan diantara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapatkan rahmatnya”.


JENIS - JENIS UKHUWAH ISLAMIYAH



Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh persoalan ukhuwah Islamiyah dan dapat kita simpulkan bahawa dalam kitab suci ini memperkenalkan sekurang-kurangnya empat jenis persaudaraan:


1) Ukhuwah 'Ubudiyah atau saudara kesemahlukan dan kesetundukan kepada Allah.


2) Ukhuwah Insaniyah (Basyariyah) dalam erti semua manusia adalah bersaudara, kerana semuanya berasal dari ayah dan ibu. Rasulullah SAW. juga ditekankan dalam kata-katanya,


-كونو عباد الله اخوانا (رواه ابخاري عن ابي هريرة)


Maksudnya:Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.

-العبادة كلهم اخوة


Maksudnya:Hamba-hamba Allah semuanya bersaudara



3) Ukhuwah wathaniyah wa an-nasab, yaitu persaudaraan keturunan dan kebangsaan.


4) Ukhuwah fi din Al-Islam, persaudaraan sesama Islam. Rasulullah SAW. berkata,


انتم اصحابي اخوانناالدين اتون


Maksudnya:Kamu adalah kawan-kawanku, saudara-saudara kita adalah mereka yang mengikutiku.


TUJUAN UKHUWAH ISLAMIYAH

    Antara tujuan ukhuwah Islamiyah :

     *Menjamin keharmonian dan kedamaian hidup bermasyarakat 

    *Mengelakkan berlakunya persilisihan dan sengketa 

     *Dapat mengangkat darjat dan martabat seseorang individu

     *Merapatkan hubungan persaudaraan 

     *Meningkatkan kualiti hidup yang aman dan bahagia

    *Memperoleh rahmat serta nikmat yang melimpah ruah


sumber:ikimfm.my







SYARAT-SYARAT UKHUWAH ISLAMIYAH

1.Ikhlas kerana Allah


 Ukhuwah islamiyah ini akan terlaksana dengan baik dan lancar sekiranya orang-orang yang terlibat adalah orang yang mampu membebaskan diri daripada bersikap mementingkan keuntungan peribadi sahaja.Mereka perlulah berukhuwah atas dasar Allah semata mata,maka secara tidak langsung ia akam memberikan impak yang positif kepada masyarakat.

2.Disertai dengan Iman dan Taqwa 

Seseorang itu hendaklah memilih seseorang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT.Hal ini kerana melalui sifat inilah dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar untuk dirinya .Selain itu,dengan adanya iman yang mantap  serta taqwa kepada Allah ,seseorang itu juga bukan sahaja boleh memberi tunjuk ajar kepada dirinya malah turut kepada orang lain juga.

3.Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati
 
Seperti yang kita sedia maklum,amalan nasihat-menasihati antara satu sama lain merupakan perkara yang baik dan patut dipatuhi serta dicontohi oleh semua golongan masyarakat tidak kira umur .Bukan itu sahaja ,malah dengan amalan nasihat-menasihati ini juga la yang akan membantu kita sebagai umat Islam untuk saling bertegur sapa dan tidak hanya memikirkan diri sendiri sahaja .Bak kata pepatah melayu ibarat "seperti katak di bawah tempurung" . Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Asr:

"Demi masa ,sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh .Dan  mereka yang berpesan pesan pada kesabaran."


BENTUK-BENTUK UKHUWAH ISLAMIYAH

 1.Saling membantu antara satu sama lain 

 2.Menziarahi atau menjenguk jika ditimpa sakit dan musibah 

 3.Tolong-menolong dan saling mengasihi antara sesama muslim 

 4.Saling menasihati dan menegur antara satu sama lain 

 5.Bertakziah jika ada keluarga muslim yang meninggal dunia




Sumber : gomuslim.co.id


CARA MEMPERKUKUHKAN UKHUWAH ISLAMIYAH


 1.Tidak memanggil mereka dengan nama yang buruk (menyinidir) sesama muslim atau bukan muslim sekalipun 

2.Tidak saling merendahkan atau merosakkan nama antara sesama muslim

3.Mnegucapkan tahniah dan kata kata yang baik serta menggembirakan 

4.Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan sesama muslim 

5.Tidak berprasangka buruk sesama orang beriman 

6.Saling memberi dan bertukar hadiah atau buah tangan 

7.Saling ziarah-menziarahi 

8.Saling menanyakan khabar antara satu sama lain 

9.Tidak menceritakan aib dan keburukan kepada orang lain 

10.Saling bertolak ansur antara satu sama lain 
























4 comments:

Artikel

                      DEFINISI UKHUWAH   Dari segi bahasa :  berasal dari perkataan  akhun  yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain...