Muka hadapan


               UKHUWAH ISLAMIYAH           

  TEMAINDAHNYA UKHUWAH ,BANGKITNYA UMMAH

 NAMA PENUH DAN NO MATRIK :



MUHAMMAD ARIF ZA'IM BIN MOHD RAFA'E (A21300279)



MUHAMMAD ARIF DANEAL BIN ZAINUDIN(A21300298)




MUHAMMAD ARIF IRFAN BIN ABDUL RAZAK (A21300303)




NUR NABILA BINTI ROSLI (A21300314)




SHARMINE FARISHA ARMILA BINTI SAIPULNZA(A21300305)



- PENGENALAN -

Dalam Blog ini, kami akan menyampaikan sebuah topik yang boleh dikatakan sensasi pada zaman globalisasi kini. Setelah sebulat suara kami berpendapat untuk memilih "Ukhuwah Islamiyah" sebagai topik bagi Blog kami. dengan tema " Indahnya ukhuwah, bangkitnya ummah". Tujuan pemilihan tema ini adalah kerana seperti kita yang sedia maklum pada zaman kini kita dapat lihat bahawa masyarakat Islam di Malaysia pada ketika ini hanya lebih menumpukan terhadap kehidupan peribadi masing-masing.


 Oleh itu, kami telah memilih Jiran tetangga dan juga golongan remaja sebagai Sasaran Mad'u kami. Hal ini demikian kerana jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini ataupun sewaktu berlakunya kecemasan. Jiran adalah orang pertama yang akan kita cari untuk meminta pertolongan. Sepertimana kita dapat lihat pada hari ini para jiran lebih tertumpu kepada kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk bertegur sapa dan mengambil tahu keadaan jiran sekeliling. Sebaliknya jikalau kita lihat pada zaman dahulu hubungan diantara sesama jiran adalah akrab dan Ukhwah antara jiran itu sendiri lebih kukuh berbanding pada zaman kini.


 Seterusnya, Bagi golongan remaja pula kita dapat menyimpulkan bahawa remaja pada masa kini lebih memfokuskan kehidupan harian mereka dengan penggunaan gajet masing-masing kerana mereka merasakan dengan bermain gajet itu dapat menghilangkan kebosanan mereka berbanding bergaul antara satu sama lain secara fizikal. Kesimpulannya, topik dan juga tema yang telah dipilih adalah amat bersesuian dengan golongan sasaran yang telah kami pilih.


- GOLONGAN SASARAN :

1. Jiran tetangga

2. Golongan remaja


1 comment:

  1. Saya juga bersetuju dgn sasaran dakwah yang telah dinyatakan oleh penulis Blog.

    ReplyDelete

Artikel

                      DEFINISI UKHUWAH   Dari segi bahasa :  berasal dari perkataan  akhun  yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain...